Thursday, July 5, 2012

Ngidam orang posa

hari ni i ganti puasa..

few days left..insya'Allah akan sempat disempurnakan walaupun da hujung2 ni

suddenly teringin nak makan



mee goreng basah?????boleh gitu

so gigihlah ke mydin waktu lunch time membeli bahan2nya

ermm tapi...tapi....kan ...rasa macam nak buat chicken chop pun ader...

hishh macam2 lah orang posa ni nak makan

tapi xper yang penting bahan2 memasak semua ada; kot2 bertukar angin pun no hal, kan...

Bilakah kesetiaan itu teruji?




Angan2- Ruang makan

ermmm..syoknyer berangan2 ni hah

nak set main dining area sebelah tangga

eh..ruang yang ada takle seluas camni


tapi takkan letak yang bulat sebab macam amik spacing
lagipun already have one set of round marble dining table


liked this design so much
harus dapatkan satu set
simple but nice for me lah yer





Wednesday, July 4, 2012

Hati wanita






Jadilah isteri yang berdikari

ramai isteri yang bergantung kepada suami untuk melakukan semua tugas2 dan urusan keluarga & anak2
misalnya untuk urusan bayaran bil, perbankan, persekolahan anak, pembelian barang rumah, memandu, waimah kerja2 rumah seperti mengelap aka mengemop rumah menjaga anak memasak semua "dibergantungkan" isteri untuk suami melakukannya;

for some reasons i bersetuju tapi ada juga yang i tak setuju

memang suami adalah ketua keluarga dan decision maker bagi sesebuah keluarga..tetapi kita sebagai isteri tidak patut bergantung sepenuhnya kepada semua untuk melakukan tugas2 yang melibatkan hal keluarga atau tugas kita sebagai isteri diserah pada suami untuk buat

agak manis kalau kita sebagai isteri mampu berdikari sedikit, maknanya jangan semua harapkan suami untuk buat

kalau terlalu bergantung kepada suami untuk selesaikan semua urusan2 keluarga, kita akan jadi terlalu manja tidak pandai berdikari sempit pemikiran ketinggalan dan sebagainya

ia berlaku, bilamana si isteri terlalu bergantung pada suami untuk uruskan urusan keluarga, si isteri tak tahu macamana nak kuarkan duit drp atm atau bank, tak tahu camne cara nak bayar bil, tak tahu proses daftar sekolah anak macamana; i tell you this kind of things berlaku pada isteri2 yang terlalu mengharapkan suami

ada kisah benar yang berlaku bila isteri terlalu bergantung pada suami yang melibatkan urusan bank, isteri tak tahu nombor  pin atm sebab semua urusan berkenaan suami yang uruskan, bila tiba2 si suami meninggal menjadi masalah pada isteri sebab nak kuarkan duit uruskan pengkembumian suami tetapi tak tahu nombor pin so kenalah ke bank untuk berurusan tetapi tambah pulak dengan masalah, sampai di bank tak tahu nak buat bagaimana;

walaupun si isteri itu bekerja, dia hanya tahu pergi bekerja tetapi urusan lain diserahkan pada suami untuk pikul dan galas dengan alasan..hah ada suami, biarlah suami uruskan

isteri yang berdikari adalah mereka yang bersikap positif; bersedia bekerjasama dengan suami menguruskan keluarga, lebih bersikap terbuka lebih luas pengetahuan dan tidak akan hanya pandai dalam sesuatu hal sahaja, lebih sihat dan ceria, lebih nampak yakin; for me "aura" isteri sebegini lebih terserlah

give and take itu perlu, jangan harapkan suami semata2 menjalankan tugas dalam rumahtangga; isteri pun perlu ambil sedikit peranan coz i tahu juga ada suami langsung tak benarkan isteri uruskan apa2..tapi kita sebagai isteri mintaklah sikit drp suami apa2 yang kita boleh uruskan; sebab kita pun nak jadi cerdik sikit juga- sekurang2nya bila bercerita dengan kengkawan pasal pegi bank ke misalnya kita tahulah prosesnya camne.. nak cucuk duit kat atm bagaimana;

banyak baiknya kalau isteri itu berdikari; tak dapat banyak, sikit pun cukup-untuk kebaikan diri sendiri..


Tuesday, July 3, 2012

Dah tempahpun baju raya

u olls dah tempah baju raya???

alhamdulillah i da settled kan baju melayu hubby and hero last saturday..paginya cari kain di kamdar..petangnya tu kami balik masjid tanah terus gi tempah & hantar sekali FIL punyer sebab waktu belikan kain i cari sekali untuk MIL dan FIL

the three dara..??untuk si kakak da siap berjahit; yang dua lagi da bagi kat my mum untuk hantar kat tailor-my mum kata tunggu turn..

while for me..tak ader mood nak cari kain ela so plan nak beli siap aje nanti

anyway seperti biasa baju si mama ni kena lebih glamer sikit , kena ada manik2 labuci bagai hehe

actually  masa hantar kain untuk baju melayu kat tailor biasa tu, dapat statement cengini.."hah ko datang waktu kodai nak tutup, patut tempahan da ditutup..tapi nasib baik ko kawan eden amik jugak"

hubby kate lah..

a'ah..nasib baik kawan sekolah, kalau tak nanges gek nak cari tailor lain.. kalau ikut hubby, dia bukan berapa kesah..tu pun puas da memaksa dia gi cari kain, kalau tak kena beli da siap..untuk baju melayu i tak suka beli da siap, mesti nak tempah punyer..since da berkahwin i rasa cuma sekali dua ajer kami beli baju melayu siap, yang lain tu mesti i paksa dia cari kain dan tempah..

 the reason i malas nak gi cari kain ela for myself pulak disebabkan i dapat tahu ramai kenkawan kat opis ni cerita yang ramai tailor da tutup tempahan..so wat per cari kain-sape nak jahit..

setiap tahun kami memang ada warna tema..so far sejak kawin dan beranak-pinak memang first raya kami akan pakai kaler sedondon..da berbelas tahun menjadi trend kami..me anak beranak da terkenal di kalangan family yang akan pakai kaler sedondon setiap tahun, walau corak kain lain2 warna mesti same... untuk tahun ni warnaya???....ermmm tunggu entry rayalah yer..



Ilmu penunduk suami???


ilmu penunduk suami
 yang mudah diamalkan;
yang halal di sisi agama;
yang tidak menyalahi syarak;

jangan lupa tambahkan sedikit perasa..

"keikhlasan"

insya'Allah cahaya kebahagiaan menyinari kehidupan kita