Saturday, May 12, 2012

budak yang suka dan berani mencuba

hari ni saja nak post entry pasal budak ni...
my third child..
the second girl..
she is tat kind yang suka mencuba dan berani mencuba
kat sekolah ke kat luar ke..
apa2 lah
most of school activities semua dia masuk
pidato, bahas, sajak, sukan;apa saja


dulu lama tak beradik..almost six years..
manja2 juga tapi ada sikit degil
selalu gek kena marah
hari2 gaduh dengan si kecil
sebab suka menyakat








Friday, May 11, 2012

Surprise gitew

hubby came home early today to settle few things with regards to our new house documentation..

whereas i came back about 6 pm..

a tiring day for me; so i went up to rest n lepaking on the bed..
suddenly there was a group of people singing a besday song bringing a cake into the room..

ooo ala2 surprise gitew ker??

ermmm, my besday was yesterday anyway (macam alah2 merajukle konon)


a besday cake aka mother's day cake

from hubby and kids..

tq anyway
for the remembrance...

 

Dua kali marah

setakat hari ini .da dua kali marah...marah betul2 marah..

first with someone yg susah nak cakap benar, semestinya atas sebab nak bela diri-tapi i tahu dia tak cakap benar..yang fakta...ending up dia pulak nak marah kita bila kita curiga kat kebenaran kata2 dia..

second with account dept here; da dekat 3 minggu i hantar fail requested refund for one of the purchaser yg beli lot banglo; fail hantar terus pada bos dia, tup2 bila nak semak, fail hilang, berhari2 cari tak jumper, mulalah nafikan, konon tak terima faillah, itulah inilah..kot2 terjumpa pulak kat meja one of the clerk..tak ke sengal..abih bila i tahu fail da jumpa selasa ari tu, i cakap dgn akauntan tolong cepatkan, dia asyik  ok ok nak buat; tadi tanya lagi rupanya tak buat2, dia suruh pulak rujuk kat penolong dia, i ni bola dah jadiknya..purchaser hari2 sms tanya cek..sapa tak hangin???

kewangan kat sini satu hal, selalu rasa unit tu gah buat keja..tapi terhempuk2 gek..kalau salah dept lain ke, wah bukan main menuding jari tak turun2..sendiri punya lembs tak sedar2 ...

ini bukan i cakap sorang ok, most of us kat sini  tahu sikap unit tu...dalam meeting kalau dengan ceo macam bagus, yes man manjang- cakap pon pang tunjuk bagus- cari salah orang pun bagus

tapi bila kena keja lebih sikit..pandai nak mengelak..

bayangkan kalau i ni pun boleh ditolak sana-sini apalagi orang lain..orang luar

wah hari jumaat ni keja ku nak marah2 pulak, kan..

nak sabar? ada masa kena sabar..tapi nak tahan  sabar tak bolehlah.....da kerap sangat berlaku

Thursday, May 10, 2012

Happy besday to me


hari ni tuan tanah telah mencapai usia 43 tahun..mestilah bersyukur pada Allah yang telah memanjangkan usia dan memberi izinNya untuk hamba yang hina ini terus bernafas di bumiNya..diberi peluang meneruskan hidup bersama suami, anak2 keluarga rakan taulan..muga Allah akan memberikan rahmat, hidayah & kesejahteraan hidup, memperkukuhkan iman,jauhkan i dari malapetaka, memberi kesihatan yang baik.. dan menjadikan i  isteri ibu dan anak yang solehah..amin insya'Allah..

sekejapan rasa da berusia 43 tahun...

kalau cakap tentang pencapaian hidup berkerjaya, i rasa ianya adalah sederhana..i punya karier yang baik..alhamdulillah..

daripada aspek kehidupan, syukur dengan rezeki Allah..sekarang dalam proses membeli rumah semula setelah kedua2 rumah yang ada dijual kerana faktor penghijrahan hidup..dari nilai ke melaka..insya'Allah hujung tahun ni kami akan hidup di bawah bumbung rumah sendiri..kemewahan hidup i adalah sederhana- tidak kaya tidak susah, cukup makan pakai dan pelajaran anak2..amin..itu yang penting

kegembiraan hidup..syukur juga..i bahagia dan gembira dengan kehidupan berkeluarga bersama suami..sikit2 terkehel dan tergigit lidah adalah biasa..namun segala dugaan itu ada manisnya..hubby seorang yang amat bertanggungjawab dan lovely too..walaupun hidup kini terpisah seketika, i selalu berdoa muga Allah cepat2 beri peluang untuk hubby dapat berpindah ke melaka ni atau yang dekat2..

ada rezeki, ada sesuatu yang i da hajat dalam hati untuk my parents tapi biarlah hanya i yang tahu..sampai masa i akan maklumkan juga..

hope tat this year i akan menjadi hambaNya yang lebih dekat padaNya, lebih berjaya dalam kehidupan, jadi isteri yang lebih cool dengan hubby, lebih sabar dengan anak2 dan mengahrapkan sesuatu yang lebih menggembirakan daripada anak2 khususnya yang berkaitan dengan kejayaan menuntut ilmu..lebih sabar dan tabah dengan dugaan hidup dan lebih memberi masa kepada ibubapa i sendiri...

happy besday to me..menginjaknya usia adalah satu peringatan bahawa perjalananan hidup esok lusa tidak sama dengan hari ini... segalanya adalah ketentuanNya juga..



Tuesday, May 8, 2012

Exam week

anak2 sibuk dengan peperiksaan setengah tahun..started yesterday..kecuali nafis, pada 21hb baru mula

tumpuan utama of course pada kakak, yang akan ambil SPM..we monitor her so closely..her progress etc..kekadang rasanya macam nak ganti tempat mereka ni bila time exam, bukan aper, risau..anak2 selalunya cool, kalau result tip top, bole nak cool2 bagai..kalau sedang2 aje, mau tak cuak dibuatnyer

i rasa dedolu my parents cool aje, they just reminded us to study...
tapi i macam tak boleh nak buat camtu..yerlah sebab sikap anak2 ni lain2, ada tu lagi kita buat tak tahu, lagi dia suka, lagi tak kisah; mana kita tahan tengok camtu so mulalah kita ni membising; remind itu ini, sit with them, do the revision with them...at least when they got the good mark kita tumpang seronok

and definetely no tv for this week and its weekend..that is our practise..

yang pasti -foods will be prepared xtralicious from biasa; yerlah nak bagi "makan " tenaga dan minda anak2, kan!

..and our doa for anak2 bukan sahaja sebab nak exam, tetap tiap masa;- sentiasa bermohon agar Allah memberikan rahmatnya ke atas anak2 kami yang nak amik peksa, dipermudahkan hati dan fikiran..insya'Allah...

Sunday, May 6, 2012

Hadiah yang patut dapat

kat muka buku tu kan memacam aplikasi ada;
one of it is pasal prezzie yg u patut dapat for ur besday
so i pun cuby try test
and the outcome is...
taaaaaaaaaaaaaddddaaa



i tujukan khas buat mr hubby
hahaha
untuk pertimbangan
tapi da tahu dia akan kata aper..
"beli keta baru???? semua mama yang pakai;
abang asyik kena pakai yang second hand"
muahhhh:




Cendol Leman Dawi Senawang

balik dari PD we dropped by at Dol Tomyam Senawang for lunch..tempat fav.masa tinggal di senawang ten years ago..harga da bole tahan mahal especially yang set compare to kat ashid Corner di Bukit Baru....and the menus were.....

this set harganya dalam rm76..consists of ikan siakap 3 rasa, kerabu mangga, tomyam campur, kailan and ayam masak blackpepper


selepas lunch hubby ajak makan cendol..heard about it tapi i x pernah cuba, cuma hubby yang pernah cuba.




pak cik leman dawi

for me the cendol is so n so aje
.


sesiapa yang da penah kemari akan tertarik dengan kemahiran pakcik leman mengingat banyak fakta sejarah..apa yang terlintas di mata dan fikiran dia akan bercerita misalnya pasal bendera ke, proton ke..bila dia nampak hubby pakai  t-shirt golf MBMB dia terus bercerita :oo orang melaka yo..melaka adalah tempat mulanya koko ditanam" siap dengan tarikh tapi i pulak lupa..lepas tu dia kata, "di melaka ada satu kampung nama serkam " i pun cakap, "hah tu kampung saya pakcik" terus dia tanya samada i know sejarah nama kampung i "lom sempat nak jawab pakcik leman kate "serkam berasal daripada perkataan bahasa arab"..tapi nampaknya fakta tu dia tak berapa ingat, dia pun buka buka nota dia..cari2 tak jumpa, "hari tu ado, mana pulak poei, ada pakcik baco dan simpan"..sebab tak jumpa, tak jadi dia nak bercerita..
bila ditanya apa pulak sejarah leman dawi..dia pun citerlah..dulu2 masa dia kecik2 nak makan cendol kat satu kampung (luper pulak i nama kampung tu)  kek rembau, so dia pun beli semangkuk, lepas makan nak tambah lagi..cari2 nak bayar tapi duit takdo..kenalah marah dengan orang yang jual cendol tu..so dia pun malu dan berazam satu hari nak jual cendol dan sesapa nak tambah dia akan bagi pree ajo..tu yang kalu makan cendol kat sini, da abis semangkuk tu bole tambah banyak manapun, ikut suko hati ko lah

gitulah kisahnya..
yang seronok adalah kemahiran dan skil mengingati fakta beliau
pengajaran kepada anak2 i juga..bagaimana belajar sejarah hendaklah dengan mengingati fakta2 dan yang paling penting kena ada buku nota
macam pakcik leman..