Wednesday, February 29, 2012

MARAHHHHH



Bila marah menguasai diri,
minda dicemari hasutan ngeri
kata-kata menjadi bisa
perlakuan menjadi luarbiasa
kesabaran menghilang diri
hati tiada emosi
jiwa penuh tari
luka tiada rasa....


hah, akak siap dapat buat sajak lagi, sajak pasal marah...semalam memang i menjadi hampir hilang akal orang kate, dek perangai anak2...marah sakan2 kow2 lagi!

citernya gini, i was busy cooking dinner, and kat luar dah berdentam-dentum bunyi guruh dan kilat, angin kuat ..hari nak hujan

terjerit2lah i kat dapur ni suruh memasing tolong angkat baju; baju2 tu plk ada yg da dua hari sebab hari sebelumnya tak kering..masing2 agaknya bertolak2..melambat2kan suruhan i so da hujan dan angin kuat baru nak angkat..yang tukang angkat, sebab da angin dan hujan ke arah ampaian angkat main rembat dan yang lain2 ditinggalkan; walau lembap sikit

i ni ingatkan da siaplah meka angkatkan baju, menghabiskan urusan memasak kat dapur tu..

lepas selesai masak i jengah kat luar, masya'Allah banyak baju bertaburan2 dan basah..apalagi menyengatlah hati mak ni, so jadi orang hilang ingatan jap menjerit bagai nak rak kat meka bertiga..

pandai menjawab," memang tadi baju tu basahlah, tak keringlah, takkan nak campur yg kering dan basahlah"...lagi naik angin i ni bila orang menjawab2; kalau ada dua tiga orang sesama angkat baju2 tu sempat diselamatkan, kalau masa i suruh meka terus bergerak, takdelah yang tak sempat diangkat-itu aje kesimpulan i..

punya marah i hah macam2 kata kuar dari mulut ni...sampai i kata "yang tiga orang malam ni jangan makan apa yang mama masak, besok dan sampai bila2 pun mama masak, jangan makan;sebab bila mama mintak tolong takde orang yang betul2 tolong, walhal mama kat dapur tu bukan tido, masak untuk kau orang"menyinga2 dan berasap2 i masa tu..

hubby sampai lepas magrib, tengok i masam muka dan bad mood; i told him the story...

bila time dinner, i "terajak" nashwa makan sekali

"mama tadi kata malam ni tak boleh makan"

i jawab "ingat mama ni zalim sangat, takde hati perut" lepas tu bisik kat dia suruh panggil kakak dan abang makan sekali...sebab i tau mereka pun tengah lapau,  masa i baru siap masak sambal ikan tadi, ada sorang tu jengah kat dapur dan sebab nasi sedang masak, i suruh tunggu jap (sebelum kes angkat baju)

memanglah mama marah dan geram, tapi so far tak berdendam- paling tak, i senyap tak bercakap

tak pernah pulak sampai tak kasi anak2 makan sebab marah; kalau marah pun , dapur x pernah x berasap;





Tuesday, February 28, 2012

A surprise plan



A planning to surprise someone..so far goes smoothly..the arrangement done...

(so far only 3 persons know about it)

thinking of getting something to someone too...list in my mind but yet to finalise it...perhaps soon will get some ideas so that i will not do last minute shopping

its something for someone special for a special "number" in life...

wishing tat this can make someone happy and memorize it as a sweet moment

waiting for numbers of people to join so that i can do a better preparation and enough for every body

only few days left...

ermmm..this someone is special for us;
 in our heart...in our life


Ceramah Kesihatan oleh TASLY

ceramah kesihatan oleh TASLY dianjurkan oleh Bhg Khidmat Pengurusan telah diadakan pada 20 Feb 2012 yg lepas di Auditorium Sri Bentara Tkt 7 Menara PKM;
ada pemeriksaan kesihatan as well dan jualan produk syarikat tersebut..
tengah dengar ceramah tu tetiba kena panggil meeting, so tak sempat nak dengar sampai habis and miss out nak buat pemeriksaan kesihatan too..





PKNM's Family Day-2012

we had a family day last saturday at Wonderland Melaka...the event was so n so; cuaca Ya Rabbi panas bangat;memandangkan event diadakan di water park makanya, anak2 mengelitik nak turun ke air walaupun event sedang berjalan..

i just took the two youngest kids; kakak dan nafis kena sekolah ganti; we dont even tell them that we r going to attend the family day; at first planned not to bring nashwa too sebab tak nak dia ponteng but a fren at school (whose uncle is working at pknm too) telah bocorkan rahsia i..no choice, when she begging me to join, sian pulak.. 

sebab event tak habis dalam kul 11 gitu i suruh hubby bawak the two mandi-manda, tapi kul 12.15 tgh da suruh mereka kuar air sebab nak balik ambik kakak dan nafis dari sekolah, lagipun ada kelas tuisyen lepas tu;next time kita datang lagi ye anak2..
[nak datang lagi ke, it seems that this place is not that interesting..oopss..macam tak berbaloi dengan harga tiket rm60 for adult kids rm25 (?)]

 officially launch
 registration
 goodies bag
 nashwa took part in the telematch

eh, sapo tu?cam kenai je

Monday, February 27, 2012

Ke manalah nak bercuti?

pejam celik sekejap aje dah penghujung bulan feb....tup tap next week cuti sekolah da mula..masa berlalu dengan pantas sekali.

seperti biasa, bila datang aje cuti sekolah kami dok tercari-cari destinasi percutian, nak kemana? soalan yang  selalu membingungkan sebab selalu tak dapat nak memuktamadkan destinasi, ending up tak kemana2 atau gi yang dekat2 aje...

perkara yang sama berlaku..since few weeks ago me n hubby asyik tercari2 destinasi untuk bercoti next week;masalahnya; when i suggested A he dont agree;he suggested B i pulak menolak;masing2 ada alasan tersendiri bila tak berkenan mana2 destinasi yang tercalon..

biasalah bebudak akan tanya "cuti sekolah gi mana?" and we will always say "lom tahu, but we will go some where"..

i ada terfikir ke penang sebab masa CNY hari tu dah tak dapat pegi...tapi pagi tadi hubby ajak gi rompin (i x berapa berkenan ke sana sebab dia akn gi mancing udang galah while me n kids dok menunggu kat hotel, unless we go there purposely untuk bercuti2 dan makan2 udang galah)

still teraba2 ...masalah yang sama setiap kali berhadapan dengan cuti sekolah!!

Sunday, February 26, 2012

Em alone

i am alone, at home...

hubby and the three just  left for Jom Sure Heboh Carnival at MITC..supposed to join but suddenly jadi malas sebab ada dua bakul baju yang tak berlipat dan sebakul baju utk digosok..lagipun hujan renyai2 kat luar..at first hubby thinks he just send kakak there and fetch her after two hours but when some one said "adik pon nak pegi, kawan adik pun da pegi, nanti kawan adik tanya nape tak pegi, adik nak jawab ape?"..ayat skema..so cairlah hati si ayah dan bersedia meredah hujan renyai2 sekali dengan tiga nak daranya..

nafis da pegi awal dengan kawan dia..sebab the driver hantar dan escort mereka, i lepaskan pegi..

kurang mood nak ke sana, especially memikirkan mesti parking susah, nak jalan jauh...so dok kat rumah siapkan kerja tanpa gangguan lagi bagus

so sebelum mereka balik, i have to finish my jobs...c u

Saturday, February 25, 2012

Terlelap di trafik light

when hubby is around , it is his duty to send the three to tuition class. juga ke school; hari ni the two sekolah ganti, tapi yang the third one tak gi sekolah sebab nak ikut i ke family day..
pepagi dia kena hantar the two ke sekolah then dalam kul 8.15 pagi kami terus ke Wonderland..(nanti i story pasal the family day separately..)

no proper rest for him; malam tadi hubby tido lewat sebab tengok golf sampai kul 4 pagi kot; then dalam kul 2.30 ptg antau bebudak tuisyen pulak..so adale rasa penat dan ngantok

he told me this story  lepas balik hantar the three ke tuition class; yg mana kejadian telah berlaku di trafik light ipk bkt beruang;the timing for the trafik light adalah 99 saat plus plus..bila dia tengok jangkamasa yang agak lama tu dia pun tutup mata; alkisahnya sampai terlelap dan tersedar bile ada orang ketuk tingkap keta; rupanya keta belakang dok horn dia tak dengar dan keta depan dia da jalan lama;tu yang orang belakang dok ketuk tingkap keta dan at the same time agaknya nak tengok nape orang depan dia tak jalan2.. dia punya terkejut terus jalan gitu...

i pon dok gelak kat dia..tapi i told him, bahaya buat camtu..sebab bila terpisat u terus pandu, takut u tak perasan isyarat trafik light tu berwarna apa..

pengajarannya; jangan sesekali lelapkan mata untuk rehatkan diri di trafik light sementara tunggu giliran terutama kalau anda ngantok waktu tu; lakukan pergerakan lain yang munasabah utk hilangkan ngantuk ye...