Friday, January 20, 2012

Citer pagi jumaat & coti gosok gigi

few stories for this friday morning yang penuh keberkatan..kala hujan membasahi bumi menambah rahmat....

sampai aje di ofis dimaklumkan oleh one of the pt that dato cari i..so letak handbag terus zupppp naik tkt 9;oh dato suruh i arrange a meeting at 3.30 pm..dan masa meeting nanti minta i ambil minit sekali

ok well stories pagi ini...bermula dengan citer  tentang kakak yang buat breakfast atas permintaan adik2 yang nak bawak bekal nasi goreng tapi kakak yang kena masak; frankly speaking her new version of nasi goreng ni memang yummy..i pun suke tapi yang kenit lagi suka...dua hari ni asyik suruh kakak dia buatkan...lauk mama da tak laku ...hah mudah keja mama, bangun pagi untuk masak lauk lunch aje..and i have cooked rendang daging dan hati..

while laying in bed selepas minum susu ada one coneversation yang buat i gelak bila ingat..

adik:  mama, adik malas nak gosok gigilah pagi ini
mama: tak boleh, kita kena gosok gigi setiap pagi
adik:  alah hari ni je
mama: adik mesti gosok gigi juga..kan adik kata adik nak jadi doktor gigi..doktor gigi kena ada gigi cantik dan bersih, nanti macamana adik nak suruh pesakit adik jaga gigi kalau gigi adik sendiri tak cantik, tak bersih
adik: lah...tu nanti masa adik besar, lame lagi, adik punya gigi mase tu dah bersih
mama: kalau adik tak gosok gigi, nanti kawan2 tak nak cakap dengan adik sebab mulut adik berbau, gigi kotor
adik: hari ni adik posalah cakap dengan kawan adik, adik jadi senyap le kat sekolah
mama: dengan teacher camne, nanti teacher tanya soalan adik jawab mulut adik bau busuk, gigi kuning teacher tutup mulut sambil cakap dengan adik hah, camne? (sambil i demo teacher wat camner nanti)
adik: (tak pasal2 ketawa terbahak2) mama ni buat citer kelakau lah..

and she went to bath..gosok gigi sambil nyanyi2 lagi..

Thursday, January 19, 2012

Perhimpunan Bulanan Jan 2012

our monthly assembly was held this morning....agenda cam biasa;bacaan doa, ikrar; nyanyi2, hadiah harijadi, penyampaian hadiah/sijil.. ucapan CEO seterusnya makan2...(gambar makan2 x der plk)










Wednesday, January 18, 2012

Make-up sendiri

anak dara sorang ni dari kecil pun memang suka melaram dan bermekap...masa kecik dolu selalu jahanamkan my lipstick, kalau tak conteng kat muka conteng kat cermin dressing table..

tetapi kekadang suka juga jadi ala2 tomboy gitew...

ikut mood dia...

tapi lately ni dia suka plk mekap kan adik dia...

anyway, ni gambar2 ntah bile diambil oleh ntah sapa photographer dia yg i jumpe waktu selongkau my thumb-drive..(eh apasal meka save gambau dalam thumb-drive mama ek...???)




ooo budak belakang tu pun ader..mmm padanlah menjadi aktiviti make-up tu..

mama tengok macam tepung gomak dah jadi  muke tu shuwa oiii

Zoooo Melaka

gambar2 yang diambil sewaktu lawatan ke zoo melaka, sepertinya sekitar 12 purnama  yang lalu;
tapi baru perasan sewaktu menyelongkau thumb-drive sebentar tadi...















Tuesday, January 17, 2012

Not my day lah

today is not my day....

pagi tadi agak terlambat antar nafis disebabkan "makcik" tu asyik tertinggal itu dan ini bila waktu nak bergerak..makcik biasa tu memang perlahan sikit pergerakkannya walaupun setiap malam i will remind her to prepare her things so that the next morning she will not miss anything for school...tapi macam biasa, ada je yang tak complete atau siap bila da pagi .

sampai lorong biasa nak kuar ada bas rombongan chek a moy yang pepagi buta dgn ramai ahli rombongannya yg sesak-mesak kat tepi  jalan (ntah dari mana datangnya) q nak naik bas menyebabkan kereta2 yang lalu tak boleh bergerak..da le kami terlambat, kena berhenti lagi ..kena tunggu lagi...punya selamba sebab da angiiiin punya pasal i tekan kuat sekuat adanya, hon keta ; disambung bersahut2 oleh keta2 lain..so stupid..

dah nak sampai sekolah nafis, dia pulak kata beg plastik dia tertinggal..takutkan "ketertinggalan" itu membuat dia  takut cikgu marah, sebab dalam beg tu ada seluar track; maka mama ni pun offer untuk hantar semula on the way g ofis kang..

balik rumah ambil kakak, hantar g sekolah...

sampai rumah, kasi anak2 angkat makan, cuci berak dan kencing mereka, dengan rasa yakin yg i da selak kandang rabbit maka ke dapur pulak rebus sosej si kecil..

then siapkan si kecil untuk ke sekolah, dan waktu kuar perasan tengok the four rabbits da bertaburan kuar...i ni penakut nak pegang terpaksa kuatkan hati kejar mereka, kutip satu satu masuk ke kandang..yang seekor tu pulak lari sampai ke jalan luar pagar...mak ai berpeluh2 i mengejar dia...

sampai aje kat ofis, kena masuk mesyuarat bahagian pulak..baru nak gerak ke bilik mesyuarat my hero called, beritahu i dia nak g sekolah semula lepas balik sekolah sebab nak main bola, lagipun boot dia kat rumah..i cakap nak hantarkan boot tapi dia tak nak, nak kena balik rumah juga katanya...

lepas meeting nashwa pulak called pesan hantarkan kasut sukan dan hantar kat taska sebab ada training netball..hanggin i dibuatnya sebab naperlah pagi tadi tak bawak kasut tu...

waktu amik nafis dia kate tak jadi gi sekolah petang...lega sikit..tetiba pulak i perasan signal minyak dah nyala; alamak nak kena tuang minyak pulak so sebelum hantar nafis ke rumah pegi dulu tuang minyak...kang minyak abis sapa nak tolak keta, kan..lagipun i ni bila nampak lampu signal minyak da merah, rasa semacam je bila drive..takut keta berhenti ke tetiba;  walaupun hubby kata ada reserve untuk limit minyak  bila je lampu signal minyak menyala...

lepas amik kasut nashwa, i drive terus masuk simpang arah ke ofis tetiba teringat, eh kena hantar kasut nashwa kat taska, gostan keta g ke taska..

fuyoooo...penat mak ari ni.......dahlah cuaca panas... macam2 pulak hal hari ni...sabo jelah

Monday, January 16, 2012

menggamit memori






Gambar-gambar kenangan yang dicopy dari fb...semasa bergelar students bersama2 mereka kini yang telah bergelar peguam, majistret, hakim mahkamah sesyen, pendaftar mah tinggi, LA Kementerian, Pengarah...taken about 22 years back...

Aktiviti Semalam & Antu Kak Yam

wat we did last sunday????
pepagi semlm selepas hubby hantar kakak ke kelas tuisyen we went to pasar melaka..beli stok lauk pauk for the week; beli ikan terubuk comey dua ekor, bawal hitam kecil 3 ekor, ikan siakap seekor, udang sekilo, ayam seekor, tengkorak ayam (hahaha) 2 ekor dan daging sekilo serta sayur-mayur =semuanya dalam rm100..terbang melayang..well, i guess it still menjimatkan sebab kalau sekali makan di luar we spent about rm50 dan this rm 100 untuk makan lima hari..cuma penat nak masak jelah setiap hari, kan...

selepas balik dari pasar kami g breakfast di Rashid Corner...balik rumah i bersilat di dapur mencuci dan membersih lauk pauk tu..masak nasi dan masak satu lauk je for lunch sebab hubby ajak balik kampung dia..sempat juga goreng ikan bawal seekor dan dua ketul ikan terubuk; i know  kakak mesti lapau bila balik tuisyen nanti..i masak cili padi udang with pengaga and tapau sikit untuk MIL ..

da lama i tak balik rumah MIL, nak kata sibuk tak juga tapi kurang mase je kot.so lepak kat sana sampai kul 6 ptg, kami kuar gi pekan..ada pasar malam..sementara tunggu hubby beli jagung rebus yg MIL pesan, i tunggu dalam keta..arking lak dekat dengan gerai ayam goreng so si hero dan kakak yang "hantu ayam" sempat kenduri ayam dalam keta..kemain lame my hubby  gi beli jagung; i cakap ngan d kids :ayah tu tolong rebus jagung sekali kot"...rupanye dia tunggu jagung rebus yang tak masak2, lelame dia beli jagung kukus...

bebudak yang besau dua orang tu memang antu ayam...kalau boleh hari2 nak ke KFC juga tapi my rules is max twice a month for KFC; bukan elok sangat makan ayam KFC selalu...
mana2 pegi pun ayam, ayam...





 
ada juga yang menumpang makan....

nashwa tak berapa sihat semalam, macam nak demam; sebelum balik kampung tu, i da siap bagi dia ubat demam, sakit kepala jugak  katenya..so semalam paksa dia minum 100+ sebotol..susah betul nak habiskan

and dalam kul 8.15 mlm kami berangkat pulang ke rumah; kang lelama benau the kids nak sekolah nanti tido lewat ngantuk pulak...