Monday, December 19, 2011

few version of stories

sejak pagi ni kepala i sakit, berdenyut2...tetiba lak..

anyway, suasana di ofis tidak semeriah mana sebab ramai yang cootii...supposed pagi tadi ada mesyuarat pengurusan tapi sebab CEO busy maka ianya ditunda...tapi petang pulak ada meeting lain berkenaan perkembangan projek yang turut melibatkan my unit..kena attend lah tu.

few documents to vet through; baru intai2 satu..bila nak habis ni.............

this morning, nafis tak pergi kelas taafiz, alasan ada beruk besar depan rumah atas pagar dan dia jadi takut..macam2 alasan kan, fening2 nak handle budak sorang ni..i still force him to go bila beruk tu lari tapi when i called him, masih tak bergerak dari rumah..minggu lepas memang i da nampak beruk tu bergayut atas kabel letrik masa i nak gi kerja, tapi pagi ni dia ziarah rumah i pulak; agaknya tak tahan tengok banyak mangga pauh belakang rumah tu..

this morning jugak, i sesaje survey another tadika for nazwa..sesaje nak compare..and managed to speak to the teacher; untuk tadika dan day care total yang i kena bayar for registration is RM1135 (monthly  fees is rm280); yang sebelum ni pulak dalam RM900++..( tapi half day je and the fees is rm180 per month; tak masuk fees taska)

see..baru nak masuk tadika da beribu, kena masuk U lagilah mahal..dedolu time mak belajar per semester baru rm200 (tu pun kasta mak bapak berkemampuan le konon); esok anak2 masuk U berapa banyak lah fees yang kena disediakan ye...kekadang memang lah bayaran tu bukannya harga ilmu yang akan diperolehi, tapi pokok pangkalnya adalah kemampuan kita...

kalau kaya raya tak ape juga; kalau sederhana tahap kemampuan kena fikir dan timbang; yang mana penting dan memerlukan keutamaan..

peringkat pra-sekolah untuk zaman sekarang ni memang penting sebab kebanyakan anak2 da dihantar ke sekolah lebih awal...ada yang seawal 2 tahun..ramai yang da advanced..supaya anak kita  tidak ketinggalan kenalah pilih juga tadika yang bagus sebab, selalu dan biasanya a good tadika mempunyai kaedah pembelajaran yang sistematik dan berkesan..tapi bukan itu aje, banyak faktor  sampingan lain nak kena tengok; pembelajaran pra sekolah for me should cover all aspects awalan bagi persediaan rohani dan jasmani anak2..kerana di peringkat ini anak2 senang menerima ilmu yang diajar; tat is y for me penting untuk kita tentukan  dan pilih tempat belajar  anak2 kita ni ...

any way terpulanglah kepada parents tu sendiri..the choice is yours..

yeah; em still thinking on which one to decide...ada masa seminggu lagi..feedback daripada tuan punya badan kena amik kira juga.. even the first one da bayar registration fees of rm30 tat day tapi i hope i tak akan silap in making the best decision for the youngest...insya'Allah

Ombak Rindu; d lyric

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


nota: bukan jiwang ke aper ke..akak suke benau lagu ni pulak hihi...

Sunday, December 18, 2011

Kepada si Pengintai!

ermmm some one told me that ader orang mengintai my blog; read wat i wrote and laugh at me for wat i have wrote..

terimakasih lah kepada si pengintai...

dont just read wat i wrote..

aper yang i tulis, untuk makluman my readers out there; especially  si pengintai tu... adalah datang dari hati..sentiasa ade makna tersendiri..

kadang2 kata2 hanya mengundang sebahagian rasa..

bila da tercatat, maknanya ia keluar dari hati yang sebenar, membawa ke fikiran dan mengarahkan si tangan menulis dan melahirkan apa yang datang dari hati dalam bentuk tulisan, tanpa suara ada rasa penuh makna..

so dont laugh at me..

laugh at urself sebab selalu tak memahami diri orang lain..mengabaikan perasaan orang lain;
mencerca orang lain sesedap mulut; pandai bercakap tapi untuk keseronokan dan kepuasan sendiri...

if u dont like me enough..dont treat me like an ass....

Mendung.....

cuaca di luar mendung..ada juga renyai2 sekejap aje..

sama macam cuaca dalam rumah, pun mendung juga..

so seharian di rumah, melepak dan memalaskan diri; for brunch- i just fried the left over rice and buat cekodok aka jemput2 bawang.

spending most of the time dgn berinternet dan main game di hp yang tak dapat score2; tu yang jadik addicted n cant stop playing playing n playing..

anak2 pun sama..take turn melayari internet, bercekak, bertekak, melalak semua complete...sampai da tak kosa nak marah ke jerit ke...gasaklah

for dinner, sebab kesan cuaca yang mendung the great father tengah gi tapau..em not hungry so did not join the gang..

well, time flies so fast and the Monday is back soon...

mmm pepagi sok ada management meeting...

Saturday, December 17, 2011

Nak jalan2; tapi ke mana?

angan2 akan terus menjadi angan2, mungkin????

...tak lama lagi cuti sekolah akan berakhir...destinasi seterusnya yang dirancang untuk cuti2 macam kelabu aje utk menjadi realiti..kalau nak cakap pasal sebab dan kenapa, tak habis citer, bersambung2 tapi penghujungnya adalah sama...

apa2 pun i already took leave on 27 dec..kalau tetiba rancangan kami tuttt menjadi, at least i da siap2 ambik cuti..

kalau tak jadi, either proceed juga with the cuti or cancel it..

yelaah, kekadang bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan..semua atas ketentuanNya jugak...nak cakap pasal halangan, sukar nak diduga..anything can happen..tetiba sakit ke, keta rosak ke, money problem ke, sapa yang sangka..buah cempedak jadi nangka ke..hahahaha

kesian kat bebudak aje...mak budak memang takde orang nak kesian, bapak budak lagi tak heran; dapat jalan ok tak dapat jalan lagi ok..

uuuu..sebenarnya mak budak yang lebih nak berjalan2..penat woi da keja setahun..nak rileks2 makan2 tukar angin...

tulah masalahnya..bila suggest tempat tu ini, ada je yang tak berkenan; bila suruh suggest tak dapat lak bagi idea;
macamana nak finalised...tapi yang nanti disalahkan.......................................akak jugak!

marah yang seketika

bila marah, selalunya emosi menguasai diri...kena pulak dengan isu atau perkara yang sama...kadang2  tak terkawal..semua kata cerca dan nista akan bertaburan keluar dari sang mulut

bukan semua orang mampu mengawal diri bila da marah waimah ustaz ke ustazah ke...orang yang betul2 sabar pun kekadang bila sampai satu tahap, pun akan hilang sabarnya jugak, kan

yang penting...

walaupun kemarahan itu berulang2..tapi ia tidak bersarang atau  bermaharaja dalam hati...

adakala marah itu seketika...sekadar melepaskan rasa yang terbuku dan tersimpan dalam hati..bila terlepas, memberi kelegaan

kalau marah yang panjang; biarlah empunya diri diberi masa mengawal rasa hatinya itu;

kenalah belajar memahami keadaan orang yang sedang marah tu; jangan disiram minyak pada api yang menyala..tak ke "memburan" apinya..siramlahkan dengan air, maka sejuklah api kemarahan atau akan padam api kemarahan tu..

tak rugi memahami emosi orang lain; kita pun ada waktunya mahukan orang memahami emosi kita so kenalah berlaku adil..

Terkilan!!how to handle it..

kadang2 bila kita rasa terkilan akan sesuatu...bukan bermakna kita ni sensitif ke ape..tetapi ia adalah satu perasaan yang normal kita rasai sebagai manusia...

terimalah seadanya perasaan itu..ia mungkin hadir secara spontan atau tidak, bergantung pada sesuatu keadaan ...

some people when they feel "terkilan" mereka akan diam sahaja; hanya hati sendiri yang tahu;

some people will express it..its either to be shared with others or it could be a way to relieve from such feeling...bergantunglah pada tuan punya diri...

perasaan terkilan tu adakalanya sekejap je yang dirasa atau mungkin mengambil masa nak dihilangkan dari hati; again, bergantung pada tuan punya diri..kena timbang berat ringannya rasa terkilan tu..kalau berat biasanya lama dok dlm hati, kalau ringan kejap ajelah menyinggah dalam hati

kalau terkilan sebab sesuatu yang kecil, remeh temeh tu pinggirkan ajelah...

kalau sebab dek yang besar gedabak, carilah ruang lain untuk disimpan..takut berat dan besar ruang yang nak diguna dalam hati, nanti overloaded, lebih muatan..kesian kat hati ; terbeban dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri pulak; secara tak langsung bila hati dah terbeban,  maka fikiran dan minda pun terpalit, jadi tak keruan...

yang mudah..simpan2 sipi2 aje kat hati ...fikiran tenang hidup pun senang...ye tak?