Saturday, October 1, 2011

lone ranger

sepi sunyi...tat wat my life is...for today..em alone at home.
d kids accompanied their father to d kenduri at cheras utama

i feel so sad...how to express it?only my heart knows..

anyway...dengan keseorangan dan berseorangan ini membolehkan segala urusan rumah dibereskan..termasuklah da siap pun menggosok pakaian kerja dan sekolah anak2..borin2 i ber fb..surf internet, tido, dreaming, memorising citer lelama, mengenang yang dikenang  dan memacam lagilah..

ada yg terkilan dlm hati ini...tapi biarlah dulu..

makan pun simple n mudah, brunch with magi goreng n high tea dgn nasi goreng (sebab mkn da pkl 3 lebih) bosan berseorangan....rindukan keriuhan pulak....







































tetapi ader lain yg lebih dirindu..

Friday, September 30, 2011

less focus.....let's wait n see

fokus kerja hari ni tersangatlah berkurangan disebabkan emo yang sejak beberapa hari ini terganggu...

anyway..my day started with normal duty; preparing breakfast n lunch for kids before going to work; aku buat makaroni gorng n sambal udang utk lunch; masak nasi siap2...sebenarnya da bangun dalam pkl 5.15 pg tetapi gatal baring2 hah dekat pukul 5.50 pg aku pun melompat turun ke dapur dan prepared everything dekat pkl 6.40 pg menyebabkan agak tersasar daripada timing biasa; baju pun x sempat sidai...

mood dan fokus keja kurengggg...so clear kan meja je....sebelum tu, semak dokumen dan minitkan mana yg perlu pada PT aku untuk tindakan dan filing...lagipun hari ni jumaat...rase2 ramain yang lemau mcm aku gek ari ni..

ingat nak merayau ke JJ lunch nanti;g membuang duit...hahaha

tido mlm ku x lena sejak seminggu ni dlm keadaan emo yang tercuit2 oleh perasaan sedih hiba kecik hati dan macam2 lah...

takpe;kate hati tunggu dan lihat aje...bukan semua orang tahu menghargai orang lain sepenuh hati...kekadang mereka rasa mereka memberi penghargaan tetapi mereka tidak tahu menganalisa penerimaan orang yang diberi penghargaan; cukup ke, memadai ke...yang terima tu "menerima" ke cara dan kaedah si pemberi...dan macam2 lah;kalau syok sendiri pun tak gune, sama macam tuang air di daun keladi..kan..kan

well;weekend ni ade wedding cousin aku yg mumnya masuk wad hari tu-anyway dengar citer from my mum ..moklong aku da kuar wad...

on the same day juga nanti, busu aku akan berangkat ke Mekah...so kena gi ziarah juga,kan

n besok dengar2 daipada sumber yang boleh dipercayai..abang ipar aku yang duduk di Taman Cheras Utama nak buat kenduri lepas zohor sempena keberangkatan dia ke Mekah dgn isterinya;kapal terbang bile, aku pun x tau..nampek gaya dlm keadaan sekarang eloklah aku x pergi, orang pun x ajak...so aku balik kampung aku jelah..anak2...u decide who to follow, yg pasti d little one will be with me......................kite tungguuuuuu dan lihat je...

Thursday, September 29, 2011

siksa & benci

penantian itu sesuatu yang menyiksakan...

betul2, i setuju..

sampai satu tahap, bila dah penat merasa tersiksa...

 kita akan rasa benci pulak menjadi penanti ni....

gasaklah..kalau yang ditunggu tu sampai, layan jelah....

kalau x sampai2, nasib ko lah labuuuuuuuuuuuuu



helo kawan,  baik ko buat keja lain yang lebih berfaedah..dahle kerja kat ofis ni berlambak2...isnin nanti ada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hartanah Industri dan Kewangan...hah kena standby lah tu..mcm biase!

walaupun paperwork aku da bereh, ader pulak senarai menunggu yang lain....
mood keje mcm &*bai............... (should i say tat..mmm so unpro)

emooooooooooo

pilu mengapakah hatiku pilu...
tiada tertahan kau tinggalkan aku seorang..
bila hatiku sedang rindu, padaku siapa ku mengadu

hahaha...da lupa pulak lirik lagu tu, eh betul ke mcm tu..lagu lame kot..



tetibe aje....
;
;
;
;
;
;
;
;
;



emo sikit

Wednesday, September 28, 2011

berita kurang baik!

mendapat berita melalui sms my mum this morning that my moklong (ipar my mum) telah dimasukkan ke hospital semalam..quite serious..otaknya mengecut akibat penyakit kencing manis yang dihidapi..

things tat we risaukan adalah this weekend moklong akan buat majlis terima menantu anak lelaki bongsunya...takke mengharukan...according to my mum, sepatutnya last week lagi moklong dah kena masuk wad tapi dia minta tangguh sampai urusan perkahwinan tu selesai...

aku doakan agar moklong beransur sembuh at least taraf kesihatan bertambah baik supaya apa  yang dirancang dapat berjalan baik walaupun sementara...

manakala satu lagi kisah ayah kepada adik iparku, Hikmah...mereka sebenarnya orang Aceh...mengalami ketumbuhan  di dalam dada..beliau dibawa dari Aceh untuk mendapat rawatan di Hospital Tawakal...semalam pulak dipindahkan ke Pantai Hospital Melaka sebab mudah adik ipar ku untuk menjaga  dan berulang alik...semua keluarga Aceh da berkampung di situ..kondisi yang agak kritikal..mudah2an selamat dan cepat baik dengan izin Allah..

keadaan2 yang tak terduga sangat cepat mengambil tempat dalam perjalanan hidup kita...Allah berhak menentukan apa saja bahagian untuk kita;susah senang sakit sihat...

betapa aku insaf bahawa sebagai hamba Allah kita mesti redha..dan menunggu giliran kita yang bila2 pun tetap pasti sampai;kalau tidak hari ini besok lusa..wallahualam

Tuesday, September 27, 2011

pergilah kemelut rasa

bilakah
kemelut rasa
-duka luka pedih sedih pilu-
bersemarak dalam kalbu
bersawang dalam jiwa
akan berakhir...
yang tahu hanyalah 
...akal
...hati
bantulah, bawalah
kemelut rasa
pergi jauh
agar senyum di bibir
adalah senyum dari hati
bersinar di cermin wajah

Monday, September 26, 2011

sama-sama

adalah menjadi lumrah dalam kehidupan di mana dalam kita menikmati rentak dan tari hidup, apabila keseronokan menguasai diri- kita jadi lalai dan alpa untuk membuat pertimbangan samada untuk memperlahankan rentak dan tari itu, menambah kelajuannya atau membuat keseimbangan...

kelalaian dan kealpaan akan menjadikan kita lupa bahawa kita bukan menempuhi hidup keseorangan...ada insan lain di sekeliling kita yang turut menerima kesan rentak dan tari tersebut, yang kita mainkan...bersama-sama kita..

kalau kita peka akan kehadiran insan lain, maka kita akan memastikan supaya alunan rentak dan tari itu tidak hanya untuk keseronokan diri sendiri..kita akan memikirkan penerimaan atau kesan kepada insan lain tersebut...

kalau begitulah kita...maka akan jadilah kita insan yang mengambil berat akan  insan lain di sekeliling kita...dalam keseronokan itu.....kita akan lebih bahagia dan  gembira menikmati hidup...tidak merugikan sesiapapun juga....kita berkongsi dengan yang lain....